CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

pages

Saturday, February 2, 2013

sewel sebentar bersama tersayang

Haiii semua...nak tahu, hari sabtu lepas 26/01/2013 kiee dengan my love keluar berjalan-jalan ke Melaka dengan kawan-kawan. First destinasi kami ialah A'Famosa, kami pergi mandi-mandi dekat sana, best sangat boleh dikatakan semua permainan dekat itu situ kami main. Hampir 3-4 jam jugalah kami di situ, tapi still lagi tak puas rasa macam hari-hari ja nak pergi situ. Then kawan-kawan lepas mandi-mandi di A'Famosa, kami menuju pula ke Bandar Hili. Kami menghabiskan sisa baki masa pada 26/01/2013 di Bandar Hili, berjalan-jalan di Dataran Pahlawan, pusing-pusing mengeliling pekan Bandar Hili menaiki kereta dan lastly kami makan-makan disebuah gerai yang dipenuhi ramai orang. Akhirnya selepas makan, kami pun terus bergerak balik ke Sepang. Perjalanan kami mengambil masa 2-3 jam untuk sampai kerumah. Wah seronok sangat-sangat, rasa macam nak pergi sekali lagi, thanks sangat-sangat SAYANG and thanks kawan-kawan. Smile- smile :)

Bergambar sebentar didalam kereta sambil menunggu lampu isyarat hijau. :)


Saat terakhir sebelum melangkahkan kaki keluar daripada Water Park. :(


Saturday, January 5, 2013

Roomate Kiee


Hey...!! mesti korang pelikkan kenapa kiee letak picture ni, hehehe ceritanya macam ni. Kami satu bilik suka sangat samakan seseorang ni dengan binatang, so ni lah antara binatang-binatangnya kucing, itik, tikus and sotong kering. Hehehe semua ada kesahnya tersendiri, Ikien-kucing sebab dia suka sangat dengan kucing, Fatin-itik sebab dia suka sangat buat bunyi yang macam-macam and salah satunya itik lah, Zaty-tikus sebab dia tak berapa nak kemas sikit, barang-barang dia semua bersepah-sepah and Kiee- sotong sebab kiee ni orang yang paling kurus dalam bilik, mereka semuanya gempal-gempal. hehehehe itulah kisahnya. Kelakarkan, macam-macam perangaikan. Okeyhlah Smile-smile :)

Friday, January 4, 2013

BILA NAK KHAWIN??


Tadi kiee ada chatting dengan junior kiee yang baru berumur 18tahun, emmm dia dah khawin then tengah tunggu bulan untuk melahirkan anak pertama dia. Awalkan dia khawin, kiee pun nak khawin awal juga, tapi belum tiba masanya. Setiap hari online ja Fecabook ada ja dia post mengenai diri dia, baby dalam kandungan dia and suami dia. Emm :( jelesnya.... Korang tolong doakan hubungan kiee dan syaz sampai kejinjang pelamin and bahagia until Jannah ya. Amin, Mudah-mudahan. Smile-smile :)

HADIAH HARI JADI...!!!!


Hadiah Kiee

Haii semua... nak tau,???? Dua hari sebelum hari lahir kiee lagi dah dapat hadiah. Besar!!!!! Susah gila nak bawa, dah la naik motor pulakkan. Tapikan kawan-kawan, hadiah tu memanglah besar, isinya kecil ja. Alahai kena tipu, huhuhuhu sedih ooo. Kiee ni dah terbayangkan hadiah yang bukan-bukan dah, tapi apa-apapun terima kasih Kazimah. Sayang hang sangat!!!!! smile-smile :)

Thursday, January 3, 2013

Selamat Hari Lahir

gambar hiasan

Tahun 2012, adalah tahun pertama dalam hidup kiee menyambut hari lahir di tempat orang tanpa orang-orang yang kiee sayang dan orang-oraang penting dalam hidup kiee. Hari lahir pada tahun lepas adalah merupakan hari yang paling sedih dalam hidup kiee, rindunya kiee terhadap kawan baik kiee " dira". Buah hati kiee tiada pada hari tersebut, mak, abah dan abang-abang, kiee cuba menahan kesedihan dihati pada hari tersebut tapi akhirnya mengalir jua air mata kiee dihadapan kawan-kawan baru kiee "atyrah & witwit". Pada hari tersebut kiee mengharap sangat kawan baik kiee wish hari lahir kiee, emm kiee tunggu dari pagi sampailah malam tapi tak ada pun. Ya Allah sedihnya hati ini, menangis  tanpa teman, dan tanpa dipujuk. Tapi tak kiee sangka ada juga kawan-kawan kiee yang masih memikirkan pasal hari lahir kiee, mereka bertiga " tyrah, witwit & erol" secara diam-diam merancang untuk mengenakan kiee dengan tepung dan kek. Bila di ingat-ingatkan, semua benda ini lawak sangat sebab rancangan mereka tidak menjadi kerana witwit yang secara tiba-tiba menghantar mesej kepada kiee dengan ayat mesej yang mencurigakan dan akhirnya semua terbongkar. Mereka membuatkan kiee rasa gembira buat seketika, dan terlupa semua kesedihan tadi. Terima Kasih..!!! Walau apa-apa pun kiee tetap menunggu kejutan dan satu ucapan selamat hari lahir dari kawan baik dan buah hati kiee. Semoga semuanya menjadi kenyataan, Amin.!!

Wednesday, December 5, 2012

hati seorang perempuan


Hati perempuan sangatlah lembut lebih daripada segala-galanya, jika dia marah hanyalah untuk seketika, jika dia merajuk hanyalah untuk seketika jua, begitu jugalah bila dia memendam perasaan marah, tetap hanyalah seketika.Tetapi sekiranya kamu adalah orang yang dia sayangi dan dia sanggup lakukan segala-galanya buat kamu, dan kamu telahpun menyakitkan hatinya, cepat-cepatlah kamu memujuknya kerana ini boleh mengundang padah. Dia mungkin akan berubah menjadi seorang yang sangat ego dan keras hati, dia akan membenci kamu mungkin untuk sepanjang hayatnya. Pujuklah dia dengan melakukan apa yang di idamkan selama dia bersama kamu, berikan sesuatu yang disukainya dengan kejutan tanpa dia sedari, biarkan dia betul walaupun kenyataannya dia adalah salah, teruskan senyum atau ada-adakan saja lawak jenaka walaupun dia masih membebel marahkan kamu atau merajuk dengan kamu, dan yang paling penting jadikan memohon maaf sebagai hobi kamu, terus dan terus memohon maaf kepadanya walaupun dia sudah mengharamkan kamu untuk meminta maaf padanya. Kerana mintak maaf itu mampu melembutkan hatinya dan mengubati luka pada hatinya jua.

Monday, October 1, 2012

KAWAN DAN LAWAN

setiap manusia dalam dunia ini memerlukan kawan sebagai teman seharian mereka, teman untuk mereka berjalan, bermain, membuat kerja-kerja assignment dan sebagainya. kiee sekarang dah kehilangan kawan yang paling kiee sayang, then when kiee dah masuk universiti kiee jumpa kawan-kawan baru. tetapi kiee tak percayakan seorang pun kawan-kawan kiee dekat universiti kecuali hanyalah seorang insan ini, tapi  dia juga dah tinggalkan kiee disebabkan kiee telah memainkan perasaan dia. semua tu hanya kebetulan, dan tanpa diduga. hemm hidup bagaikan roda dan bagaikan graf yang ada naik dan turunnya. rindunya dengan kenangan dulu...!!!!! dekat universiti ini lagilah banyak lawan daripada kawan, tension kiee...kita tolong diaorang boleh pulak tapi time kita...hemm macam-maca alasan, katanya kita ni suka memaksa, dan tak faham diaorang. tapi diorang tak sedar yang diaorang pun sama ja, malah lebih dan siap berjanji lagi. mungkin kawan kiee

gambar hiasan

cuma seorang tu ja, sekarang dia dah pergi, jadi bermaknanya kiee dah tak akan ada lagi kawan. walau apa pun kiee bersyukur sangat kerana kiee diberi pertolongan untuk mengenali seseorang kawan walaupun hanya untuk beberapa tahun. emm lumrah dunia, kawan akan jadi lawan juga pada suatu hari nanti, kecuali kalau kita bijak dalam menangani masalah antara kita dan kawan kita dan bijak menyelesaikan setiap masalah dengan berhati-hati. kepada kawan-kawan yang rasa-rasa ada sakitkan hati kawan kamu tu, cepat-cepat lah mohon maaf, sebab mungkin kawan kamu tu akan bertukar menjadi lawan nanti.