CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

pages

Wednesday, August 15, 2012

SOALAN HOT UNTUK HARI NI

Haiii kawan-kawan,...... 
Herm mesti korang tengah pikir kan apa lah soalan hot yang kiee maksudkan, huhuhu sabar-sabar. Cerita dia macam ni, hari ni last class before kami warga UiTM bercuti raya... So ramai lah yang sibuk prepair nak balik rumah masing-masing, bagi student yang ambek bas dalam u, diorang punya bas semua bertolak malam ni. Kelantan, Johor, KL, N.sembilan and lain-lain lagi... ooops terlupa plak dengan negeri sendiri (Kedah) huhuhuhuhu....eh tapi cerita ni bukan malam tau berlaku tapi siang, waktu petang waktu student ramai-ramai keluar bazaar ramadhan untuk beli makanan berbuka puasa. Emm kalau korang nak tau, dalam u kami ada bazaar khas untuk student. So semua yang membeli tu dah confirm-confirm lah studentkan, ha bermula lah cerita.... Kiee dengan sorang kawan kiee ni ( budak Kedah juga :) keluar bazaar nak beli makanan untuk berbuka, then terjumpalah ramai kawan-kawan yang berlainan kelas and course. Semua kawan-kawan yang kiee terjumpa tu semuanya bertanya kan soalan yang sama " bila balik??".... huhuhuhu mula-mula nya tak kelakar, then bila jalan-jalan lagi soalan tu terus merebak-rebak, boleh dikata kan semua student bertanya kan soalan yang sama. Tapi bukan pada kiee, pada kawan-kawan yang lain jugak termasuk lah pakcik and makcik yang berjual sekali....


Hahaha time ni dah jadi kelakar sangat. Sampaikan ada belum bertanya lagi dah berjawab....aduhaiii betul-betul kelakar dah ni, tergelak-gelak ja kiee dengan kawan masa tengah jalan beli makanan. Sumpah memag hot lah soalan tu tadi, semua bertanya kan soalan yang sama....!!!hehehehehehe....and end the story.. keyh lah kawan-kawan, kiee stop sini dulu. Harap korang seronok dengan cerita-cerita kiee, and bagi yang belum follow tu, jangan lupa follow tau..!!! Daaaaaa :)

Tuesday, August 14, 2012

MENUNGGU NAK BALIK BERAYA



assalamualaikum,... 
hari ni baru hari selasa, tapi dah ramai kawan-kawan kiee yang dah balik. hermm sebenarnya cuti bermula 16.8 hari khamis, tapi diorang dah balik...huhuhuhuhu nak balik juga, tapi kiee punya tiket bas nu ha 17.8 hari jumaat. ah sedihnya kena duduk kolej sorang-sorang....mak, adik nak balik jugak..!!!!!! alamak terlebih sudaaaaa..hehehehehe. nak balik kampung, nak balik kampung, nak balik kampung, nak balik kampung.... eh terlupa pulak, kepada semua kawan-kawan kiee yang dalam perjalanan balik, kiee doakan korang selamat sampai,..!! amin.....keyh lah stop dulu, wassalam..

Saturday, August 11, 2012

Makanan berbuka lambat....!!!







Assalamualaikum semua kawan-kawan kiee yang beragama islam, selamat berpuasa dan selamat berbuka...!!! herm korang mesti nak tahukan apa cerita kiee, ha ceritanya macam ni, kiee dan 9 orang kawan-kawan  berbuka dekat luar, dekat satu kedai ni ha, oooopss nama kedainya xboleh lah disebutkan (privacy).. hemm odernya awal lah juga, tapi  Ya Allah lambat bebenor makanannya sampai... azannya pukul 7 setengah, tapi sampainya makanan pukul 8 lebih.....wah lama kan kawan-kawan, sedih oooo tunggu lama-lama, dah lar berpuasa lagi kan. Ahhhh majok lah dengan kedai tu, xmau dah g makan dekat kedai tu lg....blerk!!!! eh apa benda pulak yang kiee merepek ni, huhuhuhu mintak lah terlebih emosi pulak, hehehehehe,okey lah stop sini dulu, wassalam... :)

Tuesday, August 7, 2012

Tangguh Kerja




Kawan-kawan pernah menangguh kerja? Hemm tipulah kalau tak pernahkan, mesti pernah jugakan walaupun satu ja. Ha ini kiee ada satu pengalaman nak kongsikan, benda ni jadi pada diri kiee sendiri. Pensyarah kiee ada bagi tutorial dan tutorial perlu buat dalam berkumpulan, satu kumpulan ada tiga orang ahli. Satu hari ni kiee tak pergi kelas, ada lah masalah sikit yang tak dapat nak dielakkan dan pada hari itu jugalah pensyarah kiee ada bagi tutorial, nak dijadikan ceritanya kiee tak tahulah ada kerja untuk dibuat. Lagi beberapa hari nak kena hantar barulah kawan kiee bagi tahu ada kerja yang kena buat, kawan kiee ni siap tunjukkan soalannya lagi. Tapi kiee ambik mudah dan anggap benda tu mudah dan cepat untuk disiapkan, jadinya kiee dan ahli kumpulan pun ambik kesempatan tu untuk tangguhkan kerja tersebut kononnya petang tu nak hantar pagi barulah nak buat. Belagakkan..??? Hemm nak tahu apa jadi pada hari tu?? Kelang kabut dibuatnya, sebab sebenarnya kerja tu tak lah semudah yang disangkakan. Buat punya buat, tak cukup masa akhirnya, jadi terpaksalah hantar keesokkan harinya. Tapi...!!! esoknya siang pun kerja tu masih tak siap lagi, kiee dan kawan-kawan buat punya buat akhirnya malam baru siap. Itu pun pukul 12 tengah malam, dan malam tu juga kiee dan kawan-kawan hantar kerja tu dibilik pensyarah. Nak tahu macam mana kami hantar???? dengan berlari dan kelang kabutnya. Ya Allah penat kowp,..Hemm tu lah ceritanya...terukkan kiee ni tangguh kerja, harap kawan-kawan semua tak lakukan perkara yang sama erk. Kalau ada ja kerja terus ja buat keyh, jangan tangguh aw..!!! engat...?!! huhuhu dah macam upin&ipin plak. :)

Sunday, August 5, 2012

Love Story

Assalamualaikummmmm.....

Haiii semua, hehehehehe kiee ada cerita sweet untuk kongsikan kepada semua. Ini cerita cinta antara seorang yang pernah bercinta dan xpernah bercinta, bagi kiee diorang ni punya story kelakar sanggat.Permulaan ceritanya, the boy call girl ni and girl ni happy 50/50. Then start dari tu diorang sering text, sebelum ni girl tu  suka sanggat tinggal phone, bak kata orang suka tinggal merata-ratalah. But when the boy sering text dia, kemana pown dengan phone ja.... Tapikan girl tu sebenarnya tak tau yang dia sebenarnya dah jatuh hati dengan boy tu, the boy banyak kali juga mintak couple but the girl reject because she think she no has feeling with to the boy. Hemmm, kesiankan dekat boy tu, tapi nak buat macam mana girl tu tak pernah couple so dia tak tau semua tu.


gambar ni hiasan semata-mata...hehehe

 But the boy terus juga try lagi, emmm kuatkan boy tu walaupun dah kena reject still lagi bangun and memcuba.....wahhhhhh sweet kannnnnnn, Then the boy teruslah mencuba, mencuba, mencuba, mencuba......and belabelabelabelabelabela. The girl still lagi tak sedar sampailah the boy tu give up, hemmmm sedihkan. Lastly the boy ambek keputusan untuk mengatakan yang dia dah give up,.....nak tau apa reaksi girl tu???? haaa terkejut dia, then dia terdiam dengan muka yang agak kusut. Lama juga dia fikir, then terus fikir, fikir, and fikir......Akhirnya dia tersedar yang dia juga sudah pown jatuh hati pada boy tersebut, waktu tu muka dia lain sanggat. Mybe dia terfikirkan perasaan boy tu yang selama ni dah terluka dengan perbuatannya, and fikirkan jalan penyelesaiannya samaada nak terima boy tu atau tak..... Dia terus berfikir lagi, agak lama masa yang dia ambek and akhirnya dia mengambil keputusan untuk terima boy tu....Dia terus ambik phone and text the boy, fisrt text she say sorry to the boy. wahhhh so sweet and lastly dia terus cakap pada boy tu, yang dia terima boy tersebut...happy ending..!!!!!! 

beginilah mereka berdua sekarang...!!!

hemm tak sia-sia kan the boy mencuba and akhirnya the girl menjadi milik dia juga.... So now bermulah story love mereka berdua, emmm to my friends...kiee doakan korang kekal ke anak cucu...amin...! :)

Saturday, August 4, 2012

Tiket Bas Hilang




Salam =(....
hemm, sedihnya, kiee ada mintak tolong kawan belikan tiket bas balik kedah untuk raya ini dan kiee belum ambek lagi pown tiket tu. then tadi kawan kiee text cakap ad berita sedih, dia p trawih and tinggalkan dompet bersertakan tiket bas kiee dalam loker. balik ja dari sembahyang trawih, tengok-tengok bilik dia kena pecah masuk and loker dia dah kena kopak. dompet dengan tiket bas kiee sekali hilang....huaaaaa macam mna ni??? nk balik raya, sempat ke nak cari tiket lgi??? hari tu masa beli pown tiket dah tinggal skit ja, nak keluar pekan ipoh jauh kowp...hemmmmm sediiihhhhhhhh.......... =( 

Friday, August 3, 2012

Memasak dalam kolej Universiti huhuhuhu =)

haiiiiii...
nak tau kiee tengah buat apa sekarang??? kiee tengah sediakan bahan-bahan untuk masak nasi goreng untuk sahur. ni bahan-bahan nya, telur, tuna, nasi and mentega....huhuhuhu sedap juga rasa nya, kami sebenarnya memasak dalam bilik dekat kolej ni. kalau lah RS tau kami memasak and bawa pekakas-pekakas memasak... comfirn kami sekali kena masak,hehehehe......
(kiee with friends izzatie and fatin)

Abah kemalangan

Assalamualaikum....
Kiee ada satu cerita nak kongsikan kepada semua, malam 24.7.2012 kiee terima panggilan dari abang kiee (angah). Bunyi latar panggilan angah kiee sangat kelang kabut, kiee hairan juga pada awalnya, sebab angah kiee selalunya call mesti dengan bersertakan lawak jenakanya. Tetapi call kali ni tak pown, hemm rupanya ada berita sedih yang dia nak sampaikan kepada kiee. Malam tu abah kiee yang kiee sayangi sangat-sangat kemalangan, dan keadaannya agak teruklah juga. Selepas daripada terima panggilan tu, hati kiee mula tak senang memikirkan keadaan abah kiee. kesian abah, sakitnya dia pada masa itu hanya Allah saja yang tahu. Pada malam itu juga kiee menghabiskan kredit phone kiee dengan menelefon angah dan mak berulang-ulang kali untuk mengetahui keadaan abah. Angah cakap kaki abah patah, Ya Allah kesiannya abah. 

Menangis kiee seorang diri bila dapat tahu kaki abah patah. Pada keesokkan hari, kiee mengambil keputusan untuk balik kerumah dengan seorang diri. Sebaik saja sampai di Sungai Petani Kedah, kiee terus pergi ke hospital Sultan Abdul Halim untuk melihat keadaan abah. Tetapi sewaktu kiee sampai abah masih lagi didalam bilik bedah, lama juga kiee tunggu abah sampai lah abah keluar dari bilik bedah. Ya Allah sedihnya kiee tengok keadaan abah, kakinya berbalut dengan penuh darah. Kiee terus buat keputusan untuk jaga abah dihospital, sampailah berhari-hari. Kiee tingalkan dan tangguh kesemua kerja-kerja assignment kiee, dan tinggalkan banyak kelas untuk jaga abah. Sepanjang dihospital kiee jaga semua makan, minum, pakai and kerbersihan badan abah. Abah umpama seorang bayi yang baru dilahirkan, tak mampu bergerak dan melakukan sesuatu dengan sendiri, abah hanya mampu menangis. Subahanaallah, sungguh besar dugaan abah pada bulan ramadhan tahun ini, Ya Allah, Engkau kuatkanlah semangat abah, tabahkanlah hatinya, dan Engkau singkatkanlah masa abah untuk sembuh dan kembali seperti biasa. Amin..