CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

pages

Wednesday, March 19, 2014

Pening...Pening...Pening

Hola-hola.....yeayyy kiee disini!! haa nak tau kena tajuk pening-pening? Meh sini kita bercerita okey, macam ni cerita dia. Next sem kiee kena praktikal, tapi dah tinggal 2 hari ja lagi untuk bagi keputusan dan alamat untuk praktikal, tapi!!! kiee masih belum dapat jawapan daripada tempat-tempat praktikal yang kiee mohon ni haa. Mak aii pening kot, dah la lagi 5 hari ja dah first paper!! Hoiiii peninggggg, nak pengsan. 

Itu satu hal, lagi satu hal nak kena mencari tempat tinggal lagi untuk praktikal ni haa, mana mau cari ni pak mail oi.... Hahaha pak mail pulak yang kena kan, sorry pak mail :) :). Wahai pembaca-pembaca blog kiee yang kiee kasihi dan sayangi, tolong lah kiee pleasee. Nanti kiee belanja gula-gula. Nak? Hehehe.

Eh lupa pulak nak bagitau, cerita bukan main panjang lebar lagi kan. Kiee ni student course Building Survey, so praktikal kiee nanti berkenaan dengan bangunan lah jawapan dia. Haa!! ada tak kawan-kawan ke, family korang ke yang bukan syarikat mengenai bangunan, tak kesah lah Construction ke, Maintenance ke, adjust lah untuk kiee. Tolong menolong kata orang, hehe dak pahala tu haa! :)

Kalau lah ada yang sudi menolong, haa ringan lah sikit kepala ni. Confirm hilang pening! hehe, eh by the way for all UiTM student yang ambik diploma, goodluck tau! do the best okey! and kiee doa kan semuanya dapat 3 pointer okey! Amin Ya Robbal a'lamin.

Tuesday, April 9, 2013

WE DONE ONE WORK


Assalamulaikum semua, hehehehehe finally kiee and all my member group done one project assignment, fushhhh, sumpah letih buat kerja ni. Kami kena buat satu assignment mengenai business, kononnya kami ni nak buka syarikatlah katakan. Hurmm korang nak tahu apa business yang kami pilih berpadukan course yang kami belajar??? haaa... ni dia business yang kami pilih " Maintenance of air-conditioning" wahh hebatkan kami..!!! huhuhuhuhuhu :). Tapi kan korang yang lagi best idea ni kiee punya tau, hehehe cantikkan and bijak tak otak kiee...( hahah berperasaan sebentar ).

 Ha..!! korang nak tahu apa jawatan kiee dalam business ni tak? eh mesti ah korang nak tahu kan2. Ehemm of course lah kiee jadi General Manager, tak mainlah pegang jawatan bawah-bawah ni ha :). Tapi kan korang yang sedihnya kiee tak dapat pown nak buat kerja-kerja kiee sebagai General Manager, nak tahu kenapa? Ni ha ada sorang kawan dalam group ni suka sangat buat pandai.... ah tension nya, kalau dikalutkan and dibuat-buat pandainya tak menyusahkan ahli group yang lain tak pa jugak, ini tak... Satu group problem, hai nasib2... but finally semuanya berakhir, wah happynya tak payah cakap tahap gila-gila lah. hahahahahahaha (gelak penuh rasa bahagia). So that's all for today!! smile-smile :) 

now we can smile. hehehehe

Saturday, February 2, 2013

sewel sebentar bersama tersayang

Haiii semua...nak tahu, hari sabtu lepas 26/01/2013 kiee dengan my love keluar berjalan-jalan ke Melaka dengan kawan-kawan. First destinasi kami ialah A'Famosa, kami pergi mandi-mandi dekat sana, best sangat boleh dikatakan semua permainan dekat itu situ kami main. Hampir 3-4 jam jugalah kami di situ, tapi still lagi tak puas rasa macam hari-hari ja nak pergi situ. Then kawan-kawan lepas mandi-mandi di A'Famosa, kami menuju pula ke Bandar Hili. Kami menghabiskan sisa baki masa pada 26/01/2013 di Bandar Hili, berjalan-jalan di Dataran Pahlawan, pusing-pusing mengeliling pekan Bandar Hili menaiki kereta dan lastly kami makan-makan disebuah gerai yang dipenuhi ramai orang. Akhirnya selepas makan, kami pun terus bergerak balik ke Sepang. Perjalanan kami mengambil masa 2-3 jam untuk sampai kerumah. Wah seronok sangat-sangat, rasa macam nak pergi sekali lagi, thanks sangat-sangat SAYANG and thanks kawan-kawan. Smile- smile :)

Bergambar sebentar didalam kereta sambil menunggu lampu isyarat hijau. :)


Saat terakhir sebelum melangkahkan kaki keluar daripada Water Park. :(


Saturday, January 5, 2013

Roomate Kiee


Hey...!! mesti korang pelikkan kenapa kiee letak picture ni, hehehe ceritanya macam ni. Kami satu bilik suka sangat samakan seseorang ni dengan binatang, so ni lah antara binatang-binatangnya kucing, itik, tikus and sotong kering. Hehehe semua ada kesahnya tersendiri, Ikien-kucing sebab dia suka sangat dengan kucing, Fatin-itik sebab dia suka sangat buat bunyi yang macam-macam and salah satunya itik lah, Zaty-tikus sebab dia tak berapa nak kemas sikit, barang-barang dia semua bersepah-sepah and Kiee- sotong sebab kiee ni orang yang paling kurus dalam bilik, mereka semuanya gempal-gempal. hehehehe itulah kisahnya. Kelakarkan, macam-macam perangaikan. Okeyhlah Smile-smile :)

Friday, January 4, 2013

BILA NAK KHAWIN??


Tadi kiee ada chatting dengan junior kiee yang baru berumur 18tahun, emmm dia dah khawin then tengah tunggu bulan untuk melahirkan anak pertama dia. Awalkan dia khawin, kiee pun nak khawin awal juga, tapi belum tiba masanya. Setiap hari online ja Fecabook ada ja dia post mengenai diri dia, baby dalam kandungan dia and suami dia. Emm :( jelesnya.... Korang tolong doakan hubungan kiee dan syaz sampai kejinjang pelamin and bahagia until Jannah ya. Amin, Mudah-mudahan. Smile-smile :)

HADIAH HARI JADI...!!!!


Hadiah Kiee

Haii semua... nak tau,???? Dua hari sebelum hari lahir kiee lagi dah dapat hadiah. Besar!!!!! Susah gila nak bawa, dah la naik motor pulakkan. Tapikan kawan-kawan, hadiah tu memanglah besar, isinya kecil ja. Alahai kena tipu, huhuhuhu sedih ooo. Kiee ni dah terbayangkan hadiah yang bukan-bukan dah, tapi apa-apapun terima kasih Kazimah. Sayang hang sangat!!!!! smile-smile :)

Thursday, January 3, 2013

Selamat Hari Lahir

gambar hiasan

Tahun 2012, adalah tahun pertama dalam hidup kiee menyambut hari lahir di tempat orang tanpa orang-orang yang kiee sayang dan orang-oraang penting dalam hidup kiee. Hari lahir pada tahun lepas adalah merupakan hari yang paling sedih dalam hidup kiee, rindunya kiee terhadap kawan baik kiee " dira". Buah hati kiee tiada pada hari tersebut, mak, abah dan abang-abang, kiee cuba menahan kesedihan dihati pada hari tersebut tapi akhirnya mengalir jua air mata kiee dihadapan kawan-kawan baru kiee "atyrah & witwit". Pada hari tersebut kiee mengharap sangat kawan baik kiee wish hari lahir kiee, emm kiee tunggu dari pagi sampailah malam tapi tak ada pun. Ya Allah sedihnya hati ini, menangis  tanpa teman, dan tanpa dipujuk. Tapi tak kiee sangka ada juga kawan-kawan kiee yang masih memikirkan pasal hari lahir kiee, mereka bertiga " tyrah, witwit & erol" secara diam-diam merancang untuk mengenakan kiee dengan tepung dan kek. Bila di ingat-ingatkan, semua benda ini lawak sangat sebab rancangan mereka tidak menjadi kerana witwit yang secara tiba-tiba menghantar mesej kepada kiee dengan ayat mesej yang mencurigakan dan akhirnya semua terbongkar. Mereka membuatkan kiee rasa gembira buat seketika, dan terlupa semua kesedihan tadi. Terima Kasih..!!! Walau apa-apa pun kiee tetap menunggu kejutan dan satu ucapan selamat hari lahir dari kawan baik dan buah hati kiee. Semoga semuanya menjadi kenyataan, Amin.!!