CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

pages

Saturday, January 5, 2013

Roomate Kiee


Hey...!! mesti korang pelikkan kenapa kiee letak picture ni, hehehe ceritanya macam ni. Kami satu bilik suka sangat samakan seseorang ni dengan binatang, so ni lah antara binatang-binatangnya kucing, itik, tikus and sotong kering. Hehehe semua ada kesahnya tersendiri, Ikien-kucing sebab dia suka sangat dengan kucing, Fatin-itik sebab dia suka sangat buat bunyi yang macam-macam and salah satunya itik lah, Zaty-tikus sebab dia tak berapa nak kemas sikit, barang-barang dia semua bersepah-sepah and Kiee- sotong sebab kiee ni orang yang paling kurus dalam bilik, mereka semuanya gempal-gempal. hehehehe itulah kisahnya. Kelakarkan, macam-macam perangaikan. Okeyhlah Smile-smile :)

Friday, January 4, 2013

BILA NAK KHAWIN??


Tadi kiee ada chatting dengan junior kiee yang baru berumur 18tahun, emmm dia dah khawin then tengah tunggu bulan untuk melahirkan anak pertama dia. Awalkan dia khawin, kiee pun nak khawin awal juga, tapi belum tiba masanya. Setiap hari online ja Fecabook ada ja dia post mengenai diri dia, baby dalam kandungan dia and suami dia. Emm :( jelesnya.... Korang tolong doakan hubungan kiee dan syaz sampai kejinjang pelamin and bahagia until Jannah ya. Amin, Mudah-mudahan. Smile-smile :)

HADIAH HARI JADI...!!!!


Hadiah Kiee

Haii semua... nak tau,???? Dua hari sebelum hari lahir kiee lagi dah dapat hadiah. Besar!!!!! Susah gila nak bawa, dah la naik motor pulakkan. Tapikan kawan-kawan, hadiah tu memanglah besar, isinya kecil ja. Alahai kena tipu, huhuhuhu sedih ooo. Kiee ni dah terbayangkan hadiah yang bukan-bukan dah, tapi apa-apapun terima kasih Kazimah. Sayang hang sangat!!!!! smile-smile :)

Thursday, January 3, 2013

Selamat Hari Lahir

gambar hiasan

Tahun 2012, adalah tahun pertama dalam hidup kiee menyambut hari lahir di tempat orang tanpa orang-orang yang kiee sayang dan orang-oraang penting dalam hidup kiee. Hari lahir pada tahun lepas adalah merupakan hari yang paling sedih dalam hidup kiee, rindunya kiee terhadap kawan baik kiee " dira". Buah hati kiee tiada pada hari tersebut, mak, abah dan abang-abang, kiee cuba menahan kesedihan dihati pada hari tersebut tapi akhirnya mengalir jua air mata kiee dihadapan kawan-kawan baru kiee "atyrah & witwit". Pada hari tersebut kiee mengharap sangat kawan baik kiee wish hari lahir kiee, emm kiee tunggu dari pagi sampailah malam tapi tak ada pun. Ya Allah sedihnya hati ini, menangis  tanpa teman, dan tanpa dipujuk. Tapi tak kiee sangka ada juga kawan-kawan kiee yang masih memikirkan pasal hari lahir kiee, mereka bertiga " tyrah, witwit & erol" secara diam-diam merancang untuk mengenakan kiee dengan tepung dan kek. Bila di ingat-ingatkan, semua benda ini lawak sangat sebab rancangan mereka tidak menjadi kerana witwit yang secara tiba-tiba menghantar mesej kepada kiee dengan ayat mesej yang mencurigakan dan akhirnya semua terbongkar. Mereka membuatkan kiee rasa gembira buat seketika, dan terlupa semua kesedihan tadi. Terima Kasih..!!! Walau apa-apa pun kiee tetap menunggu kejutan dan satu ucapan selamat hari lahir dari kawan baik dan buah hati kiee. Semoga semuanya menjadi kenyataan, Amin.!!