CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

pages

Sunday, September 23, 2012

Mengata Sebagai Hobi???

orang zaman sekarang suka sanggat mengata dekat belakangkan. hemm baik tau mengata belakang, cuba banyangkan diri kita yang dikata orang mesti kita sedihkan. tetapi bukan setakat rasa sedih rasanya, mesti lebihkan daripada itu. betul, kadang orang yang kita mengata tu menyakitkan hati kita, tapi kita mestilah berfikiran terbuka sikit jangan terus nak mengata dibelakang ja. selidik dulu, tak pun sekali betul marah terus ja jumpa orang tu cakap depan-depan. walau macam apapun kita mengata dibelakang, tetap tak akan puas kan jadi baik cakap ja depan-depan. 



kalaulah kawan-kawan kita tau perangai kita yang suka mengata dibelakang, berani jaminlah mesti kawan-kawan kita tak mau kawan dengan kita punya. bukan setakat kawan, ahli-ahli keluarga kita pun tak kan sukalah. syazkiee cadangkan kawan-kawan yang berperangai macam ini berubahlah sebelum keadaan jadi lebih teruk, tak eloklah untuk masa depan kita. nanti bila kita ada masalah tak akan ada orang yang tolong tau tak. cuba bayangkan kalau keluarga kita pinggirkan kita disebabkan perangai kita yang suka mengata tu. tak akan ada orang lagilah yang nak tolong kita, kan susah tu. pikir-pikirlah masa hadapan kita tak tau kan apa yang akan jadi, jadi baiklah berubah daripada sekarang. pesanan daripada syazkiee. 

Wednesday, September 12, 2012

MEGAHNYA KAMU...!!



Seorang manusia yang cukup akal pikirannya, dan tiada kecacatan dari segi fizikal tetapi kenyataannya cacat pimikiran serta megahnya ia dengan diri yang sebenarnya sama taraf dengan orang lain. Perasaan megah yang wujud kerana merasakan diri lebih pandai daripada orang lain, megah dengan kemampuan sendiri. Sering menyalahkan dan mencari salah orang dan memikirkan diri adalah sempurna. Megah adalah merupakan suatu perasaan yang menunjukkan diri seseorang tersebut perasan dengan kemampuan yang dimilikinya. Adakalanya megah boleh membawa kita kejayaan dalam kehidupan, tetapi megah juga berisiko untuk membawa kita kepada kejatuhan. Cuma perbezaannya lambat dari segi masa berbanding orang yang betul -betul mengakui kelemahan dan mundur dengan diri sendiri. Tidak ramai orang yang menyukai seseorang yang berperasaan megah dan bangga diri kerana daripada itu dapat mengambarkan diri dan isi hati untuk seseorang tersebut.

Mungkin hari ini orang yang megah mempunyai banyak kawan-kawan, tetapi kenyataannya kawan-kawan tersebut sebenarnya bencikan dirinya. Berkawan hanya untuk memanfaatkan kelebihan yang dimiliki. Orang-orang yang megah juga sebenarnya dibenci oleh kesemuan orang, kerana megah boleh diketagorikan sebagai sifat yang bodoh dimilikinya tanpa dia sedari. Megah memag menyeronokkan kerana ada sesetengah orang akan merasa takut denganya, tetapi boleh menyebabkan kebencian kepadanya yang terlampau. Jika dirinya mencalonkan diri untuk menjadi pemimpin, mungkin tidak akan diterima kerana megahnya boleh menyebabkan masyarakat akan kucar-kacir dan menyebabkan peperangan antara negara akan berlaku. Pemimpin yang mempunyai perasaan yang megah sebenarnya adalah merupakan seorang pemimpin yang bodoh akal pemikirannya. Jadi janganlah berani calonkan diri untuk menjadi pemimpin.

Megah kadang-kalanya juga tidak disukai oleh ahli-ahli keluarga, kecuali ahli-ahli keluarganya juga merupakan orang-orang yang megah. Lelaki yang megah akan menyebabkan kaum perempuan terseksa, tetapi adalah kenyataan lelaki paling banyak daripada perempuan yang bersikap megah dengan diri sendiri. Perempuan memikirkan berkali-kali sebelum menjadi megah, tetapi lelaki tidak. Kerana ianya merasi dirinya lebih kuat berbanding perempuan, itu juga merupakan perasaan yang perasan pada kemampuan dan kupayaan yang dimiliki oleh dirinya. Kaum perempuan akan banyak lebih terseksa apabila hari-harinya adalah hanya bersama dengan orang yang megah, daripada itu perempuan juga boleh diketagorikan seorang insan yang kuat kerana boleh bertahan dengan seorang yang megah.

Kenyataannya orang yang megah akhirnya akan tersungkur juga pada kaki orang yang selalu dia banggakan diri juga, kerana seorang yang megah sebenarnya adalah seorang yang penakut dan lemah untuk megakui kelemahan dirinya pada ornag ramai. Setinggi manapun megah seseorang, lemah juga bila tanpa bantuan orang lain, kerana sudah menjadi lumrah kehidupan manusia saling bergantung antara satu sama lain. Jadi kesimpulannya, janganlah terlalu megah dengan apa yang diri kita miliki, kerana megah adalah satu titik untuk diri kita akan kehilangan kemampuan ataupun kelebihan yang diri kita sedang milikinya sekarang. Berhati-hatilah. 

Sunday, September 9, 2012

merindui teman lama

assalamualaikum kawan-kawan....
hemm kiee rindukan kawan baik kiee...kawan yang kiee kawan dari umur 5tahun lagi, dia bagaikan kakak kiee. kami kawan sampailah form5, lamakan???tapi akhirnya disebabkan diri yang masing-masing ego. kami sekarang bukanlah kawan lagi .hemm dan sekarang kiee rindukan dia, rindu yang teramat sanggat....hanya Allah yang tahu betapa kiee rindukan dia. kami sering bertembung, tetapi masing-masing tak bertegur sebabnya masing-masing nak menang and tak mau mengaku salah. Kiee selalu bercakap seorang-seorang pada diri kiee untuk bertegur dia bila bertembung lagi, tapi bila masa tu terjadi lidah and perwatakkan kiee kaku,terdiam dengan tanpa sengaja. dulu kemana pun berdua ibarat adik dan kakak kembar, tapi sekang masing-masing buat hal sendiri. walaupun dah 2tahun berlalu,tetapi dipikiran kiee ianya masih baru lagi dan kiee rasakan baru semalam kiee bermain-main dengan nya seperti 10 tahun yang lalu. kiee selalu menangis seorang diri bila rindukan dia, hidup kiee rasa lain sanggat bila dia dah tak ada dengan kiee. hidup terus berubah.....!!! hemm kiee selalu terbayangkan wajah dia,senyum dia, kelakuan dia, layanan dia dan macam-macam lagi.... tapi tak tahu lah dia ingat kiee ke tak, harap-harap dia pun ingatkan kiee sama macam kiee ingantkan dia. kalau lah dia ada depan kiee sekarang, sumpah kiee akan peluk dia kuat-kuat and tak mau lepaskan dia. Ya Allah rindunyaaaaaaaaaa...... "dira, aku sayang hang sanggat-sanggat, aku mintak maaf kalau aku banyak sakitkan hati hang. kalau lah kita berbaik macam dulu, aku janji aku tak kan buat hang sakit hati lagi and tak kan buat something yang hang tak suka lagi. sumpah!! ini janji aku. "

tinggal kenangan

Ya Allah, Engkau bukakan lah pintu hati dira untuk berkawan denga aku balik, tetapi sekiranya aku memang tak layak lagi berkawan dengan dia. Engkau bahagiakan lah hidup dia Ya Allah, dan Engkau peliharalah dia Ya Allah. satu lagi permintaan aku Ya Allah, Engkau tolonglah sampaikan padanya salam rindu ku yang teramat sanggat padanya.....Aamiin semoga Engkau memakbulkan permintaan ku ini, Aamiin Ya Robbal a'lamin.

Saturday, September 8, 2012

ikan oo ikan

haiii semua.. hari ni syazkiee keluar pekan nak cari pensil tekan 0.3, tapi lain pulak yang syazkiee jumpa. hehehe mesti korang dah dapat tangkap kan apa yang syazkiee jumpa tu..? :) huhuhu confirm2 lah jumpa ikan kan dah tajuk pown tajuk ikan.....hah kalau korang nak tahu, syazkiee sekarang bela ikan aw, ikan gapi ja.huhuhu, hemm ada lah 4 ekor 2betina 2jantan. 


cantik kowp warna-warna dia, ah geram rasa nak gigit2 ja.huhuhuhuhu... tenang ja tengok ikan2 ni, hilang tension. hemm ni first time aw syazkiee bela ikan, risau ah takut ikan ni mati. korang tahu tak cara2 yang betul nak jaga ikan??? huhuhu kalau ada, kongsi2 lah cerita erk.okey lah kawan2 stop sini dulu keyh.salamm.





Saturday, September 1, 2012

RAYA-RAYA....!!!!

Assalamualaikum semua.....

apa khabar erk???? hampir seminggu tak masukkan cerita baru ni..huhuhu busy raya katakan..hehehehehe raya mesti mau happy-happy kan, haa...!! macam mna raya kawan-kawan semua ad baik tak??? raya syazkiee ni tak lah okeyh sanggat,but still lagi happy larh. dapat jumpa sedara yang dah lama tak jumpa, wahhhh terubat rindu dekat hati ni. 


hehehehe, kawan-kawan ada main mercun??? dekat kampung syazkiee hampir tiap-tiap malam ada ja bunyi mercun,macam-macam mercun dibakarnya bunga api, mercun bola(hah mercun ni gila ah famous) then mercun biasa ja, termasuk lah mercun pop-pop..... mak oii skit telinga mendengarnya.. tapiiii best jugak hehehehehe bukan selalu pown nak alami ni semua setahun 2 kali ja, itu pown raya haji tak lah semeriah raya aidilfitri ni ha.... 


eh kawan-kawan ada dapat duit raya ar???, syazkiee dapat..!!! hehe tapikan sikit ja sebabnya dah besar...huwaaaaaa nak duit raya banyak-banyak, emm jeles kowp tengok adik-adik sedara dapat duit raya banyak-banyak rasa nak curi ja...hehehehe takboleh2 baru ja mintak maaf, kena larh ambik masa dulu nak buat salah., ah jahat pulak syazkiee. heheh gurau ja pown :). hah lupa pulak nak mintak maaf dengan kawan-kawan semua, syazkiee mintak maaf larh er, kalau ada terkasar bahasa dengan kawan-kawan semua. harap kita 0-0 er..

OKEYH LARH KAWAN-KAWAN, SAMPAI SINI DULU TAU.... WASSALAM...