CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

pages

Wednesday, December 5, 2012

hati seorang perempuan


Hati perempuan sangatlah lembut lebih daripada segala-galanya, jika dia marah hanyalah untuk seketika, jika dia merajuk hanyalah untuk seketika jua, begitu jugalah bila dia memendam perasaan marah, tetap hanyalah seketika.Tetapi sekiranya kamu adalah orang yang dia sayangi dan dia sanggup lakukan segala-galanya buat kamu, dan kamu telahpun menyakitkan hatinya, cepat-cepatlah kamu memujuknya kerana ini boleh mengundang padah. Dia mungkin akan berubah menjadi seorang yang sangat ego dan keras hati, dia akan membenci kamu mungkin untuk sepanjang hayatnya. Pujuklah dia dengan melakukan apa yang di idamkan selama dia bersama kamu, berikan sesuatu yang disukainya dengan kejutan tanpa dia sedari, biarkan dia betul walaupun kenyataannya dia adalah salah, teruskan senyum atau ada-adakan saja lawak jenaka walaupun dia masih membebel marahkan kamu atau merajuk dengan kamu, dan yang paling penting jadikan memohon maaf sebagai hobi kamu, terus dan terus memohon maaf kepadanya walaupun dia sudah mengharamkan kamu untuk meminta maaf padanya. Kerana mintak maaf itu mampu melembutkan hatinya dan mengubati luka pada hatinya jua.