CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

pages

Thursday, January 3, 2013

Selamat Hari Lahir

gambar hiasan

Tahun 2012, adalah tahun pertama dalam hidup kiee menyambut hari lahir di tempat orang tanpa orang-orang yang kiee sayang dan orang-oraang penting dalam hidup kiee. Hari lahir pada tahun lepas adalah merupakan hari yang paling sedih dalam hidup kiee, rindunya kiee terhadap kawan baik kiee " dira". Buah hati kiee tiada pada hari tersebut, mak, abah dan abang-abang, kiee cuba menahan kesedihan dihati pada hari tersebut tapi akhirnya mengalir jua air mata kiee dihadapan kawan-kawan baru kiee "atyrah & witwit". Pada hari tersebut kiee mengharap sangat kawan baik kiee wish hari lahir kiee, emm kiee tunggu dari pagi sampailah malam tapi tak ada pun. Ya Allah sedihnya hati ini, menangis  tanpa teman, dan tanpa dipujuk. Tapi tak kiee sangka ada juga kawan-kawan kiee yang masih memikirkan pasal hari lahir kiee, mereka bertiga " tyrah, witwit & erol" secara diam-diam merancang untuk mengenakan kiee dengan tepung dan kek. Bila di ingat-ingatkan, semua benda ini lawak sangat sebab rancangan mereka tidak menjadi kerana witwit yang secara tiba-tiba menghantar mesej kepada kiee dengan ayat mesej yang mencurigakan dan akhirnya semua terbongkar. Mereka membuatkan kiee rasa gembira buat seketika, dan terlupa semua kesedihan tadi. Terima Kasih..!!! Walau apa-apa pun kiee tetap menunggu kejutan dan satu ucapan selamat hari lahir dari kawan baik dan buah hati kiee. Semoga semuanya menjadi kenyataan, Amin.!!

0 comments: