Assalamualaikum....
Kiee ada satu cerita nak kongsikan kepada semua, malam 24.7.2012 kiee terima panggilan dari abang kiee (angah). Bunyi latar panggilan angah kiee sangat kelang kabut, kiee hairan juga pada awalnya, sebab angah kiee selalunya call mesti dengan bersertakan lawak jenakanya. Tetapi call kali ni tak pown, hemm rupanya ada berita sedih yang dia nak sampaikan kepada kiee. Malam tu abah kiee yang kiee sayangi sangat-sangat kemalangan, dan keadaannya agak teruklah juga. Selepas daripada terima panggilan tu, hati kiee mula tak senang memikirkan keadaan abah kiee. kesian abah, sakitnya dia pada masa itu hanya Allah saja yang tahu. Pada malam itu juga kiee menghabiskan kredit phone kiee dengan menelefon angah dan mak berulang-ulang kali untuk mengetahui keadaan abah. Angah cakap kaki abah patah, Ya Allah kesiannya abah.
Menangis kiee seorang diri bila dapat tahu kaki abah patah. Pada keesokkan hari, kiee mengambil keputusan untuk balik kerumah dengan seorang diri. Sebaik saja sampai di Sungai Petani Kedah, kiee terus pergi ke hospital Sultan Abdul Halim untuk melihat keadaan abah. Tetapi sewaktu kiee sampai abah masih lagi didalam bilik bedah, lama juga kiee tunggu abah sampai lah abah keluar dari bilik bedah. Ya Allah sedihnya kiee tengok keadaan abah, kakinya berbalut dengan penuh darah. Kiee terus buat keputusan untuk jaga abah dihospital, sampailah berhari-hari. Kiee tingalkan dan tangguh kesemua kerja-kerja assignment kiee, dan tinggalkan banyak kelas untuk jaga abah. Sepanjang dihospital kiee jaga semua makan, minum, pakai and kerbersihan badan abah. Abah umpama seorang bayi yang baru dilahirkan, tak mampu bergerak dan melakukan sesuatu dengan sendiri, abah hanya mampu menangis. Subahanaallah, sungguh besar dugaan abah pada bulan ramadhan tahun ini, Ya Allah, Engkau kuatkanlah semangat abah, tabahkanlah hatinya, dan Engkau singkatkanlah masa abah untuk sembuh dan kembali seperti biasa. Amin..



0 comments:
Post a Comment